Friday, August 19, 2011

Kolej Profesional Mara Bandar Penawar (KPMBP)

Assalamualaikum dan hai.. Dalam entri ini, saya nak menceritakan tentang Kolej Profesional Mara Bandar Penawar. Kolej ini ada sejarah dalam hidup saya. Saya pernah belajar disini pada tahun 2008-2011. Saya melanjutkan pengajian dalam level Diploma dengan mengikuti kursus Diploma In Integrated Logistics Management disana. Selama 3 tahun saya berada dan memerah otak disana. Kini Alhamdulillah, saya sudah berjaya mengapai impian saya untuk merasa segulung diploma dari sana.

-Logo Kolej-

Saya tak mahu bercerita panjang perihal diri saya disana. Entri ini, saya nak menceritakan tentang Kolej Profesional Mara Bandar Penawar atau dikenali sebagai KPMBP. KPMBP ini menyediakan 2 jenis kursus Diploma iaitu Perakaunan dan Logistik, dan satu Program Intensif Persediaan. Kolej ini telah beroperasi pada 17 Mac 2008. KPMBP ini bertempat di Bandar Penawar, dalam daerah Kota Tinggi, di kawasan Dun Pengerang. Alamat penuhnya adalah seperti berikut;

          Jalan Ungku Abdul Aziz,
          81930, Bandar Penawar,
          Kota Tinggi,
          Johor Darul Takzim.

Pelbagai fasiliti yang tersedia di Kolej ini untuk para pelajar. Antaranya ialah;

1) Surau:


2) Gelanggang Takraw:


3) Gym:


4) Asrama (2 blok):



5) Kemudahan Kenderaan kolej:

-Van-


-Bas-


6) Blok kuliah (dibulatkan merah)


7) Pejabat Kolej (Admin)




Masih banyak lagi kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej yang tak dapat saya tunjukkan disini. Antaranya ialah kafeteria, Dewan utama, Dewan kuliah, Perpustakaan, gelanggang badminton, padang bola sepak padang petangue, dan gelanggang tenis. Saya tidak sempat untuk snap lebih banyak gambar sewaktu saya berada disana. Hanya ini sahaja yang boleh saya kongsi bersama.

Kepada mana-mana pelajar baru yang akan mendaftarkan diri disana, tiada apa yang perlu dirisaukan. Kebanyakan fasiliti mencukupi dan para tenaga pengajar juga adalah dari kalangan profesional. Segala kejayaan datangnya dari diri sendiri bukan dari diri orang lain. untuk maklumat lanjut, bolehlah layari; www.kpmbp.kotatinggi.edu.my untuk maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan dan program yang ditawarkan.

-BUBBLEBOY90-

10 comments:

  1. Salam, nak tanya, gym tu khas utk pelajar lelaki je ke?

    ReplyDelete
  2. Salam. Kepada sesiapa yang nak dapatkan update terbaru tentang Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, mai lah singgah blog saya.

    http://syahmizaludin.blogspot.com/2014/05/pengenalan-kolej-profesional-mara.html?m=1

    Salam kenal dari Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2014. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Helo bro....sy nie nk tanye betul ke kalau bdak logistics dpt pointer 3.75...nanti dpt sambung degree kat australia?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanye.. klau xdek addmath tp ambik kos logistic boleh ke?

      Delete
    2. Cikgu aku pun cakap benda yang sama jugak

      Delete
  5. hi, saya pelajar kpmbp sesi 2018/2020, banyak yang berubah kat sini, antaranya terdapat katil baru untuk semua pelajar, naik taraf elektrik di asrama blok arjuna, budiman, namun tidak kurang dengan faciliti yang sudah usang dan tunggu masa untuk di baiki oleh MARA

    ReplyDelete
  6. Salam.saya dapat tawaran belajar di dini.dip integreted logistic.tp saya ni takut nak balik shah alam susah x dpt bas.ramai x pelajar yg berasal dr s alam ye.

    ReplyDelete
  7. Salam saya nak tanya diploma logistic ni belajar apa je? Skop kerja luas?

    ReplyDelete