Sunday, September 18, 2011

Jurnal pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Di malam yang hening ini, saya ingin memenuhkan ruangan blog saya ini dengan menceritakan perihal sejarah pelajaran diri saya. Lebih kurang 7 bulan saya menganggur setelah saya menamatkan pelajaran saya dalam bidang Diploma in Integrated Logistics Management di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar. Kini, saya telah melanjutkan pelajaran ke tahap seterusnya iaitu tahap Ijazah.

Alhamdulillah, setelah tertunggu-tunggu dan memerah otak berfikir serta sujud berdoa, akhirnya telah ditentukan bahawa saya akan melanjutkan pelajaran saya dalam bidang Ijazah di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Saya ditempatkan di Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

Saya telah mula mendaftarkan diri pada 12 September 2011 bersamaan hari Isnin pada jam 12.30 tengah hari. Pada mulanya saya menjejakkan kaki ke Muadzam Shah ini, saya agak terkejut dengan suasana disini. Suasananya yang menghijau dan penuh dengan flora dan fauna. Saya rasakan, Muadzam Shah ini tidak ubah seperti 'Pekan koboi'. Agak syahdu juga hati saya pada mulanya. Setelah empat hari berkampung disini, Alhamdulillah, dapat juga saya adapt dengan suasana disini.

Kesemua bandar-bandar utama seperti Pekan, Kuantan, Rompin dan Segamat amatlah jauh. Perkhidmatan bas juga amat kurang disini. Jadi, saya rasa seperti terpenjara disini. Walaupun begitu, ada baiknya juga. Saya boleh menjimatkan wang disamping lebih fokus kepada pelajaran. Suasana juga adalah satu aspek dalam membantu saya dalam pelajaran.

Tentang Universiti pula, Alhamdulillah segala fasiliti mencukupi dan tenaga pengajarnya juga profesional. Jadi, saya bersyukur kerana rezeki saya adalah disini. Saya harap, rezeki saya melimpah-ruah di sini dan dapat membalas jasa umi dan abah yang sudah banyak berkorban demi saya. "Ya, Allah, mudah-mudahan engkau permudahkan perjalanan hidup hambamu ini disini" Amin.


Gambar disana belum lagi saya snap. Insyaallah, saya akan snap dan kongsi segalanya dalam blog saya ini. Entri yang seterusnya, saya akan bercerita tentang hari orientasi saya disana. ^_^

-BUBBLEBOY90-

1 comment:

  1. salam broo...mcm mana nk contact bro...nk tnya pasal uniten....skunk nie tgh pikir nk sambung xkat uniten kos degree...harap2 bro reply asap okay...tq...=)

    ReplyDelete