Wednesday, November 9, 2011

DH3-01-01

Assalamualaikum! Hello! PEACE! Kembali lagi saya menghangatkan blog ni. Hangat lah pulak blog ni. Blog yang sunyi dan heppy. Wah! OK, malam ni juga saya nak bercerita mengenai kediaman saya di UNITEN Muadzam Shah, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang Darul Makmur.

Apa itu DH3-01-01? Sebenarnya, itu adalah nombor rumah saya disini. Hehe.. Sejak saya mendaftarkan diri disini, saya ditempatkan di Desasiswa Harmoni. Alhamdulillah, suasana di Harmoni ini sangat harmoni. Memang sesuai dengan namanya. Dengan keadaan persekitaran yang nyaman dan kehijauan. Memang saya suka. Oksigen yang bersih tiap-tiap hari.

Ok, seterusnya, saya ingin memperkenalkan rumah saya iaitu DH3-01-01. Dengan segala hormatnya dipersilakan melihat gambar-gambar dibawah;

Bilik tidur;

    - Dilengkapi dengan dua katil single
    - Dua meja study.
    - Dua kerusi.
    - Dua Locker (Almari pakaian)

Bilik ini hanya untuk 2 orang sahaja dan saya tinggal bersama member saya, Sadiqul Amin dari Sungai Petani, Kedah.




Bahagian ruang tamu dilengkapi satu set kerusi dan satu set meja makan.




Bahagian dapur;




Alhamdulillah, rumah yang saya duduki amat selesa. Bentuk rumah ni adalah apartment. Sewa bulanan seorang RM200. Itu saya buat masa ini. See ya in the next entry for the next time. ^_^

-BUBBLEBOY90-

Course

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah! Fuh! sudah lama tak update blog ni. Maklumlah, saya ni jenis malas siket nak berblogging ni. Baca blog orang rajin lah. Malam ni entah kenapa tetiba saya dapat hidayah untuk mengupdate blog saya ni. Maklumlah, minggu ni sangat-sangat free. Hari ni tak ada kelas. Housemate pulak semuanya ada mid term dan quiz. Jadi, bosan sorang-sorang dirumah.

Untuk entri blog ini buat masa ni, saya nak bercerita mengenai bidang yang saya pelajari iaitu "Bachelor of Finance (Hons). Sebenarnya, dengan tulus ikhlasnya saya membuat pengakuan bahawa saya sangat takut dan tak yakin dengan kursus ni. Walhal, buat masa ni, saya masih boleh carry apa yang saya belajar. Maklumlah, ramai orang kata, course Finance ni bukan mudah. Bagi orang yang LEMBAB dan LEMAH seperti saya ni, memang kurang keyakinan lah saya rasa.

Walaubagaimanapun, umi dan abah tak putus-putus beri dorongan pada saya. Sentiasa memberikan nasihat, memberikan penjagaan rapi dan memberikan apa yang saya mahu agar menyenangkan saya disini. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada umi dan abah. Mereka penyuntik semangat saya. Bila ingat kata-kata pesanan mereka, level keyakinan saya akan naik dan bersemangat sedikit. Jadi, saya akan terus berusaha demi mereka. Jika gagal, itu tandanya bukan rezeki untuk saya.

Untuk semesta pertama, saya hanya ambil 5 subjek sahaja iaitu;

                              1) Financial Management.
                              2) Managerial Accounting.
                              3) Commercial Law.
                              4) Mathematics of Finance.
                              5) Consumer & Buyer Behavior

Subjek Financial Management adalah yang paling susah bagi saya. Dan dengan sedikit usaha, alhamdulillah, saya masih boleh maintain pembelajaran dengan bantuan Lecturer saya, Madam Norfhadzilahwati. Cara beliau mengajar amat mendalam dan senang difahami. Sama juga subjek yang lain. Alhamdulillah, not bad for me for this time. Always good and steady. Sujud syukur kepada Allah kerana masih diberikan cahaya kepada diri ini untuk terus maju kehadapan. *_*

                                                                                                                                      -BUBBLEBOY90-

Sunday, September 18, 2011

Minggu orientasi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera! Entri kali ini saya nak bercerita sedikit mengenai minggu orientasi saya. Sedia maklum dalam entri yang lalu bahawa saya telah melanjutkan pelajaran ke UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

Sudah empat hari saya melalui proses orientasi disini. Banyak pengalaman manis selama berorientasi. Saya juga mendapat ramai kenalan baru. Majoriti pelajar baru disini adalah dari kalangan lepasan STPM dan Matrikulasi. Jadi kebanyakan dari mereka baru berumur 19 dan 20 tahun. Diantara mereka, saya yang kini berumur 21 tahun lebih tua dari mereka. Walau bagaimanapun, kami tetap chill dan seronok.

Keadaan waktu orientasi ni amat penat. Kami perlu bangun jam 4 pagi untuk mula berorientasi dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Selama empat hari, saya hanya sempat tidur selama 2 jam sahaja. Kepala amat pening dan mata membengkak. Memang kusut-masai jadinya. Tapi, kami tetap gembira.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dijaga oleh 2 orang fasilitator. Saya ditempatkan dalam kumpulan 1. Alhamdulillah, fasilitator kami amat-amat sporting iaitu Adli dan Gurshan. Saya tidak berbahasakan abang atau kakak sebab umur mereka sebaya saya. Mereka berdua memang best lah. Macam-macam game kami main sewaktu berorientasi disana.

Team kami (Kumpulan Satu) bersama fasilitator kami, Adli dan Gurshan

Salah seorang kawan. Saya panggil dia Mat. Walaupun lain kursus tapi kami satu team.



Bersama kengkawan yang lain yang lebih Chill. Semuanya berlainan kursus tapi satu team.


Malam ni saya sempat menulis blog kerana kami diberi peluang untuk pulang ke kampung halaman kami selepas berorientasi. Memandangkan 16 September 2011, Jumaat lalu merupakan Hari Malaysia, jadi semua bercuti pada hari itu. Dan satu lagi, kami belum membuat pendaftaran subjek kursus lagi memandangkan sistem disana offline. Jadi, pendaftaran subjek bagi saya ditunda ke hari Rabu, 21 September 2011. Kini, saya bercuti selama 5 hari dirumah. Seronok sebab boleh menghilangkan penat di rumah. Hehehe... ^_^

Dan satu perkara lagi yang paling seronok kepada saya adalah, saya berpeluang menamatkan Ijazah saya selama 2 setengah tahun sahaja. Ini kerana, banyak subjek yang boleh saya transfer credit. Alhamdulillah, transfer credit telah dibuat. Tempoh penuh bagi kursus saya iaitu Bachelor in Finance (Hons) adalah selama 3 tahun. Kini saya berpeluang menamatkannya dalam masa yang singkat. Saya harap, saya berjaya menamatkannya dalam masa 2 setengah tahun tanpa sebarang masalah. Sangat-sangat seronok. ^_^

Dikesempatan ini juga, saya ingin berterima kasih kepada semua fasilitator yang bertungkus-lumus menjayakan program orientasi kami ini. Antaranya; Adli, Gurshan, Feroz, Afnan, Thiagu, Nick, Aisyah, Nadia, Os, Arel, dan ramai lagi. Terima kasih Semua.

-BUBBLEBOY90-

Jurnal pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Di malam yang hening ini, saya ingin memenuhkan ruangan blog saya ini dengan menceritakan perihal sejarah pelajaran diri saya. Lebih kurang 7 bulan saya menganggur setelah saya menamatkan pelajaran saya dalam bidang Diploma in Integrated Logistics Management di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar. Kini, saya telah melanjutkan pelajaran ke tahap seterusnya iaitu tahap Ijazah.

Alhamdulillah, setelah tertunggu-tunggu dan memerah otak berfikir serta sujud berdoa, akhirnya telah ditentukan bahawa saya akan melanjutkan pelajaran saya dalam bidang Ijazah di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Saya ditempatkan di Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

Saya telah mula mendaftarkan diri pada 12 September 2011 bersamaan hari Isnin pada jam 12.30 tengah hari. Pada mulanya saya menjejakkan kaki ke Muadzam Shah ini, saya agak terkejut dengan suasana disini. Suasananya yang menghijau dan penuh dengan flora dan fauna. Saya rasakan, Muadzam Shah ini tidak ubah seperti 'Pekan koboi'. Agak syahdu juga hati saya pada mulanya. Setelah empat hari berkampung disini, Alhamdulillah, dapat juga saya adapt dengan suasana disini.

Kesemua bandar-bandar utama seperti Pekan, Kuantan, Rompin dan Segamat amatlah jauh. Perkhidmatan bas juga amat kurang disini. Jadi, saya rasa seperti terpenjara disini. Walaupun begitu, ada baiknya juga. Saya boleh menjimatkan wang disamping lebih fokus kepada pelajaran. Suasana juga adalah satu aspek dalam membantu saya dalam pelajaran.

Tentang Universiti pula, Alhamdulillah segala fasiliti mencukupi dan tenaga pengajarnya juga profesional. Jadi, saya bersyukur kerana rezeki saya adalah disini. Saya harap, rezeki saya melimpah-ruah di sini dan dapat membalas jasa umi dan abah yang sudah banyak berkorban demi saya. "Ya, Allah, mudah-mudahan engkau permudahkan perjalanan hidup hambamu ini disini" Amin.


Gambar disana belum lagi saya snap. Insyaallah, saya akan snap dan kongsi segalanya dalam blog saya ini. Entri yang seterusnya, saya akan bercerita tentang hari orientasi saya disana. ^_^

-BUBBLEBOY90-